menu

Polisi Privasi

GlaxoSmithKline (GSK) menghormati privasi pelawat laman web kami.

Dengan mengakses dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemindahan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda seperti yang digariskan dalam Polisi Privasi ini.

GSK hanya akan mengumpul data peribadi yang boleh dikenal pasti, seperti nama, alamat, nombor telefon, atau e-mail, apabila ia dikemukakan secara sukarela di laman web ini.

GSK dan/atau syarikat-syarikat yang dipertanggungjawabkan oleh kami akan menggunakan maklumat tersebut untuk memenuhi permintaan anda, atau seperti mana yang dimaklumkan kepada anda di lokasi penyerahkan maklumat. Dari masa ke semasa, kami mungkin merujuk kepada maklumat tersebut untuk lebih memahami keperluan anda dan bagaimana kami boleh memperbaiki produk-produk dan servis kami. Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi anda.

Laman web ini tidak dimaksudkan dan/atau direka untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kami tidak akan mengumpul maklumat peribadi daripada mereka yang kami tahu berada di bawah umur 18 tahun.

Laman web ini juga menggunakan maklumat agregat untuk mengesan jumlah pengunjung ke laman web kami, bilangan pengunjung ke setiap halaman laman web kami, dan nama-nama domain penyedia perkhidmatan Internet pelawat kami. Tiada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti akan di kumpul dalam proses ini.

Sesetengah laman web GSK ini menggunakan teknologi "Cookies". Cookies merujuk kepada cebisan maklumat yang dihantar dari pelayan kepada pelayar komputer apabila anda membuka sesebuah laman web. Cookies berkebolehan untuk menyimpan pelbagai jenis data. Penggunaan Cookies dapat menambahkan kefungsian laman web kami ataupun mengenal pasti penggunaan laman ini dengan lebih tepat. Sebagai contoh, pelayan kami boleh menetapkan satu cookie yang dapat membantu anda daripada terpaksa memasukan kata laluan berulang kali ketika melawat laman kami. Dalam situasi di mana cookies digunakan, ia tidak akan akan mengumpul maklumat peribadi kecuali dengan kebenaran eksplisit anda.

Kami tidak akan menjual atau memindahkan maklumat peribadi yang diberikan di laman web ini ke pihak ketiga melainkan jika ia telah dimaklumkan kepada anda semasa penyerahkan maklumat.

Untuk kemudahan para pelawat, laman GSK kini mengandungi pautan ke beberapa laman web yang kami percaya mugkin menawarkan maklumat-maklumat yang berguna. Dasar privasi dan prosedur yang diterangkan di sini tidak dikenakan keatas laman-laman web tersebut. Kami cadangkan anda menghubungi laman-laman web tersebut secara langsung untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pengumpulan data dan dasar pengedaran mereka.

Sebarang perubahan kepada Penyata Privasi Internet GSK akan dikemaskini di halaman ini.

Sekiranya anda ingin mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda, atau jika anda ingin meminta pembetulan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui pautan 'Hubungi Kami" di atas.